Dengan Kerjasama Daripada Pn Nur
Pejabat saya berada di USJ 9 telah dilawat oleh seorang pemuda India yang menyamar sebagai wakil milik pejabat.
Orang India tersebut telah berjumpa dengan kakitangan pejabat saya dan memeriksa waranti papan lantai dan kononnya memeriksa keadaan bangunan. Pintu utama pejabat telah dibuka tanpa penyedaran kakitangan saya.
Semasa kakitangan saya membawa suspek memeriksa bangunan pejabat, suspek yang lain telah masuk ke dalam pejabat dan mencuri 2 komputer riba dan satu telefon bimbit. Ia berlaku dan pantas.
Tetapi ia boleh dielakkan sekiranya kita lebih berwaspada.
Kejadian 5 Laporan diterima pada jam 5:10 petang, 3 Mac 2009
Dengan kerjasama daripada Persatuan Penduduk Subang Jaya.
2 lelaki disyaki bangsa India menunggang motosikal mengekori Suria ke sebuah kedai di PJS 11/8, Bandar sunway. Semasa Suria memasuki kedai, salah seorang suspek telah membaling spark plug ke cermin sisi keretanya menyebabkan ia pecah dan dengan selamba mengambil tas tangan yang berada dalam keretanya.
Walaupun tidak merekodkan kehilangan yang banyak, namun ia mendatangkan ketakutan kepada Suria dan Josephine dan ini merupakan satu trend dalam pencurian tas tangan.
Awas supaya anda tidak menjadi mangsa dan jangan meninggalkan apa-apa barang yang berharga dalam kereta. |