Untitled Document
Untitled Document
 
Untitled Document
 
 
 
 
 
YDH Datuk Seri Khalid bin Abu Bakar:
Program COMMUNITY POLICING ini telah dilaksanakan oleh PDRM dan ditambah nilai sejak bulan Mac 2008 yang bertujuan menjalin kerjasama...
 
 
 
 
Kepuasan Pelawat :

 
 
 
Soalan Lazim
 
Soalan Apa itu “Community Policing” ?
Jawapan : Community Policing” ialah satu usaha kerjasama diantara komuniti setempat dengan polis dalam pencegahan jenayah
   
Soalan Bagaimana saya boleh menyertai “Community Policing” ?
Jawapan : Anda boleh memohon di balai polis berhampiran tempat tinggal anda dan berhubung terus dengan Ketua Polis Balai.
   
Soalan Adakah ahli “Community Policing” diberikan kuasa polis ?
Jawapan : Tidak, ahli “Community Policing” tidak mempunyai kuasa polis.
   
Soalan Apakah kebaikan menyertai “Community Policing” ?
Jawapan : Anda akan menjadi lebih berwaspada kerana anda akan dimaklumkan mengenai kejadian-kejadian jenayah.
   
Soalan Saya bekerja dan tiada masa, tetapi saya ingin menyertai “Community Policing”
Jawapan : Ahli “Community Policing” hanya perlu hadir mensyuarat bulanan dan menyertai aktiviti pencegahan jenayah. Ia tidak melibatkan banyak masa.
   
Soalan Bagaimana saya dapat membantu dalam pencegahan jenayah ?
Jawapan : Anda boleh membantu dengan memberi maklumat mengenai orang dan kenderaan yang disyaki kepada pihak polis.
   
Soalan Apabila saya memberi maklumat, adakah identiti saya didedahkan ?
Jawapan : Tidak, semua maklumat akan dirahsiakan.
   
Soalan Selain menyertai “Community Policing”, bagaimanakah saya boleh membantu polis ?
Jawapan : Daftarlah sebagai RakanCop dan sentiasa berhubung dengan Ketua Polis Balai dan Ketua Polis Daerah di daerah anda. 
   
Soalan Adakah seseorang awam boleh mejalankan tangkapan ?
Jawapan :
Seseorang awam boleh mejalankan tangkapan di bawah sek. 27 Kanun Acara Jenayah(KAJ) apabila ianya melihat satu kesalahan yang lazim ditangkap tanpa waran berlaku di hadapannya. Ia juga boleh menangkap orang yang telah diwartakan di bawah sek. 44 KAJ.
   
Contoh 1 : Ali melihat seorang lelaki sedang meragut beg Cynthia dan Ali terus mengejar dan menangkap lelaki tersebut.
Untuk makluman, semua tangkapan yang dilakukan perlulah diserahkan segera kepada polis dengan tidak berlengah-lengah.
   
Contoh 2 : Ali sedang membaca suratkhabar di rumah diberitahu oleh anaknya Misai bahawa telah berlaku satu kes ragut tadi dan dia tahu suspek duduk di sebuah rumah. Ali tidak boleh pergi menangkap suspek tersebut kerana kesalahan itu tidak berlaku di hadapan mata Ali dan tindakan yang perlu diambil ialah melaporkan kepada polis dengan segera.
   
Soalan Adakah orang awam perlu membantu polis menangkap penjenayah atau orang yang perlu ditangkap apabila diminta oleh pegawai polis ?
Jawapan :
Di bawah sek. 11 KAJ, seseorang adalah diwajibkan untuk membantu polis menangkap dan menahan suspek yang perlu ditangkap apabila diminta oleh pegawai polis tersebut.
Seseoarng individu yang sengaja gagal membantu polis apabila diminta di bawah sek, 11 KAJ, boleh dikenakan tindakan di bawah sek. 187 Kanun Keseksaan di mana bersabit kesalahan individu berkenaan boleh dikenakan penjara sehingga 6 bulan dan didenda, atau kedua-duanya sekali.
   
Soalan Bagaimanakah cara menangkap seseorang ?
Jawapan :
Di bawah sek. 15 KAJ, apabila seseorang pegawai polis ingin melaksanakan penangkapan ia hendak menyentuh badan orang yang hendak ditangkap tersebut dan mengurung pergerakan badannya melainkan orang yang hendak ditangkap tersebut menyerah tanpa berlawan melalui percakapannya atau perbuatannya.
Sekiranya orang yang hendak ditangkap tersebut cuba berlawan atau cuba melepakan diri, maka tindakan yang perlu harus diambil untuk melaksanakan tangkapan tersebut.
   
Adalah diingatkan bahawa walaupun kekerasan yang mencukupi boleh diambil, ia tidak boleh sekali-kali menyebabkan kematian di mana kesalahan orang yang hendak ditangkap itu tidak boleh dihukum dengan kematian atau penjara seumur hidup. 
   
 
Untitled Document
 
 
Untitled Document
       
Balai Polis Kawasan Kemalangan Jalanraya
Kejayaan Polis  
Statistik Jenayah Artikel Polis
Pemetaan Jenayah Polis Bukit Aman
   
 
 
 
 
Awas
Satu suri rumah telah meninggalkan enjin kereta nya hidup dan beliau keluar dari kereta untuk menutup pagar. Tiba tiba satu lelaki telah menyelinap masuk kereta beliau dan memandu lari kereta. Berlaku di BK 5, Kinrara, Puchong.
 
Awas. Menyamar Pekerja Indah Water
2 lelaki Melayu dan 1 lelaki India telah menyamar sebagai pekerja Indah Water berjaya masuk kesebuah rumah di BK 5, bandar Kinrara, Puchong untuk melakukan curi. Kanak kanak di rumah telah membuka pintu kepada pencuri tersebut selepas di maklumkan mereka adalah pekerja Indah Water dan perlu memeriksa rumah. Sila nasihat anak anak keil untuk berhubung polis atau ibubapa dan tidak membenarkan orang untuk masuk rumah.
 
Set walkie talkie
Walkie talkie untuk pencegahan jenayah. RM 750. Jenis Kenwood, Untuk perniagaan sila bayar wang RM120 tambahan ( RM 20 sebulan untuk 6 bulan yang pertama.) untuk menyewa talian. Sila tempah di 012 2732148.
 
Rondaan sukarela 1Malaysia di tadika.
COPS menawarkan rondaan sukarela 1Malaysia PERCUMA keatas semua tadika di kawasan Puchong dan Kinrara. Tadika yang berminat untuk menyertai skim ini , boleh sms kepada 012 2732148, Bersama membina komuniti penyayang dan selamat. pastikan anak anak kecil kita selamat.
 
bagaimanakah polis boleh memgembalikan hand phone kecurian and?
Sila tekan *#06# dan mendapatkan siri nombor telepon bimbit anda. Polis tidak dapat pulangkan handphone wlau sekalipun di jumpa kerana kamu tidak boleh mengatakan dengan positif nya itu handphone anda. Simpan no siri hand phone anda untuk tujuan pengecaman sekiranya telah hilang dan diu jumpai semula.
 
MENIKMATI DISKAUN 10% DI RESTORAN SUP PEDAS KAJANG UNTUK AHLI CP ( BUKAN HALAL )
Cawangan di Jalan Kenari, Bandar Puchong Jaya & Bandar Puteri. Hanya tunjuk Kad Ahli E-COPS anda apabila membayar. Kami mengalu-alukan mana-mana pengusaha perniagaan menjadi sebagai Rakan Pintar E-COPS, jika berminat boleh hubungi 03-8061 2044 / 012-273 2148.
 
JIRAN ANDA ADALAH GARISAN KESELAMATAN PERTAMA ANDA. Berbaik baik dengan jiran anda dan saling bantu membantu.
 
 
 
 
 
 
 
Untitled Document
2012 © COPS.ORG.MY Hak Cipta Terpelihara
PENAFIAN l DASAR PRIVASI l HAK CIPTA

Kounter Pelawat :