COMMUNITY POLICING
Untitled Document
 
Untitled Document
 
 
 
 
 

Tan Sri Khalid bin Abu Bakar:

"Program COMMUNITY POLICING ini telah dilaksanakan oleh PDRM dan ditambah nilai sejak bulan Mac 2008 yang bertujuan menjalin kerjasama antara PDRM dan masyarakat bagi..."
 
 
 
 
 
 
 

POLICE ARTICLE

 

KONSEP 4P

Merujuk kembali ungkapan pertama YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 13 September 2010, beliau berjanji akan bekerja berasaskan kepada 3 elemen, iaitu pertama; berpaksikan kepada bidang kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang, kedua; memastikan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ketiga; menentukan kesejahteraan rakyat dan negara. 

Sebagai mengulas mengenai elemen ketiga-tiga ungkapan tersebut dalam memberi perkhidmatan terbaik, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar pada 30 September 2010 telah melancarkan 4P iaitu satu hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai kesinambungan kepada misi dan visi PDRM. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar juga menyeru agar semua lapisan warga Polis Diraja Malaysia menjiwai serta melaksanakan Konsep 4P iaitu:
1.          Protective
2.          Performance and outcome oriented
3.          Proactive
4.          People oriented

Protective
Seorang pegawai polis hendaklah bersikap protective dan pelindung kepada semua lapisan masyarakat. Semangat (spirit) ini sebenarnya tersirat di dalam peruntukan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, di mana peranan polis adalah untuk menjaga keselamatan, ketenteraman dan sebagai penguatkuasa undang-undang. Sebagai pelindung, PDRM seharusnya mampu menanam keyakinan kepada orang ramai dan seterusnya berupaya untuk mendapatkan penghormatan, sanjungan dan dihargai oleh masyarakat.

Performance and Outcome Oriented
Bakti seorang pegawai polis hendaklah berteraskan kepada keupayaan untuk melaksanakan tugas yang terbaik dan berprestasi tinggi. Menjadikan integriti sebagai amalan dan berpegang kepada moto Tegas, Adil dan Berhemah. Demikian itu, organisasi berupaya untuk menjana hasil yang bermutu berasaskan kepada:
a.          Penetapan sasaran (Target setting) 
b.          Petunjuk Indeks Prestasi (KPIs)
c.          Pencapaian berperingkat yang boleh diukur (Milestone) 
d.          Keberhasilan berkualiti (Quality results)

Proactive
Menyedari cabaran semasa yang sentiasa berubah-ubah dari sudut senario politik, sosial, ekonomi dan sebagainya, maka PDRM perlu bersifat proaktif, kreatif dan inovatif dalam perlaksanaan semua bentuk tugas kepolisan.

People Oriented
Sejajar dengan konsep Gagasan 1 Malaysia, di mana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, maka segala urusan dan tugas adalah semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.
Adalah menjadi hasrat YDH Ketua Polis Negara agar mesej ini dijadikan agenda utama dalam semua forum di peringkat kontinjen, formasi dan daerah.

 
 

AMALAN 5S PDRM

MOTO / LOGO

Moto : "Persekitaran Kerja Berkualiti Budaya Kita"

  

DEFINISI

BAHASA JEPUN

BAHASA MELAYU

Seiri

Sisih

Seiton

Susun

Seiso

Sapu

Seiketsu

Seragam

Shitsuke

Sentiasa Amal

DASAR AMALAN 5S
"Melaksanakan Amalan 5S dalam persekitaran kerja yang kondusif dan selamat bagi meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan."

OBJEKTIF AMALAN 5S
Warga PDRM akan mengamalkan persekitaran kerja secara berkualiti bagi mencapai objektif seperti berikut:
1. Meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan secara berterusan;
2. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan
3. Meningkatkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat
4. Meningkatkan idea-idea kreatif dan semangat kerja berpasukan di kalangan 
      pekerja

 
 
Untitled Document
 
 
COMMUNITY POLICING
       
Police Station Accident Prone Area
Police Success Police Article
Crime Statistic Bukit Aman Link
Crime Mapping CP District Committee
       
 
 
 
 
 
Untitled Document
2014 © COPS.ORG.MY All Right Reserved
DISCLAIMER l PRIVACY POLICY l COPYRIGHT

Visitor Counter :